Sistem PHP & MySQL (customize)


Antara sebahagian sistem yang saya bina adalah:

Telekom (demo)
Jabatan Kastam (demo)
SPA (demo)
Pendaftaran Murid (demo)
Pejabat Tanah (demo)
Prestasi Pegawai (demo)
emailduit.com
www.anjassari.com/agen
PowerMLM (for sale )
Sistem TASKA
Inst. Jantung Negara
Logistic Booking System
Permohonan Cuti Online
e-Desk Officer Mgmt
eBancian Jab Veterinar
ePelaporan Jab Veterinar

100% fresh coding (no template use)
Jika anda memerlukan bantuan saya untuk membina sistem php & Mysql, sila hubungi. Saya akan bantu anda samada mengajar atau sama-sama bina sistem atau sepenuhnya membina sistem tersebut untuk keperluan anda.
Kebanyakan pelanggan yang meminta perkhidmatan saya terdiri dari pelajar-pelajar universiti (siapkan final projek), kakitangan kerajaan bahagian IT, Individu atau syarikat yang ingin membina sistem customize seperti MLM, Reseller, sistem pendaftaran online dan sebagainya.

 
Bina Sistem Customize Anda Sendiri ?

 

Kursus PHP & MySQL

Sila hubungi saya jika ingin belajar PHP & MySQL secara peribadi. Saya jarang melakukan kursus dalam jumlah yang ramai disebabkan keberkesanan yang berbeza. Kebanyakan pelajar yang belajar (100% fresh tanpa pengetahuan PHP) dapat menyiapkan tugasan mereka dengan sendiri setelah mempelajari asas coding.

Untuk mempelajari PHP & MySQL sebenarnya memerlukan masa yang lama. Kebanyakan kelas-kelas yang ditawarkan diluar memerlukan sekurang-kurangnya 4 hari untuk kursus melibatkan PHP. Walaubagaimanapun ini bergantung kepada kerperluan individu tersebut.

 

Apa kata mereka

Pn Alia , Shah Alam (www.aliabeauty.com)
Saya berjaya mendapat pendapatan lumayan walaupun sebagai surirumah sepenuh masa. Ini disebabkan bantuan En Sham menyediakan laman web www.aliabeauty.com yang menjual produk kecantikan seperti Gluta Prime dan Pure Marine Collagen. Terima kasih di ucapkan semoga En Sham dapat membantu ramai lagi kaum ibu seperti saya.

 

Pengasas Maahad Tahfiz An-Nur (www.tahfizannur.com)
Saya dan seluruh warga Maahad Tahfiz An-Nur mengucapkan jutaan penghargaan kepada Tn Haji yang menyumbangkan web maahad tahfiz ini. Sejak kewujudan web tersebut, pihak kami menerima sumbangan dari orang ramai. Pihak Maahad Tahfiz An-Nur serta pelajar mendoakan agar semua Para Dermawan yang pemurah ini dianugerahkan kesihatan berpanjangan, umur yang berkat dan dimurahkan rezeki setiap masa dan keadaan. Amin.

 

Norisham Omar , Seremban (www.noroma.com.my)
Saya berhubung dengan Saudara Zahisham sejak 3 tahun yang lalu. Bantuan yang diberikan amatlah saya harga. Beliau telah banyak membantu saya serta cikgu-cikgu lain terutama dengan ilmu PHP & MySQL. Kini kami mampu membina sistem untuk kegunaan sekolah-sekolah. Terima Kasih juga kerana design cover buku saya (http://www.noroma.com.my/bukufusion/index.php). Saya doakan agar beliau berjaya dunia dan akhirat. Amin.

 

Fadil, Bangsar (OKU)
Saya mempunyai minat mendalam dalam membina laman web. Saya telah menghadiri beberapa kursus php yang dianjurkan, tetapi masih lagi tidak memahami atas faktor keupayaan saya. Setelah berjumpa dan belajar secara peribadi dengan En Sham, saya kini mampu membina laman web yang sepenuhnya menggunakan skrip PHP dan kini telah mempunyai beberapa web pernigaan internet. Terima kasih yang tak terhingga kepada En Sham yang bersungguh dan sabar membimbing saya.

 

Nuriman, Kelantan (Pejabat Tanah)
Alhamdulilah saya berjaya membantu memudahkan urusan di tempat saya training dengan membina sistem pendaftaran online. Kini sistem tersebut telah digunakan sepenuhnya untuk urusan kerja. Terima kasih En Zahisham.

 

Pn Rahimah , Pulau Pinang (Telekom)
Tanpa pengetahuan yang saya terima dari kursus secara peribadi dengan En Zahisham, saya rasa tidak mungkin saya berjaya menyiapkan sistem operasi untuk kegunaan pejabat saya. Sistem ini juga saya gunakan untuk Final Projek, Master. Dengan adanya sistem yang kami bina ini, kerja-kerja rumit (secara manual) yang selalunya mengambil masa 1 hari berkerja hanya boleh diselesaikan dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang lebih menarik, siap dengan cetak laporan. Sungguh teruja!

 

Nurhidayah (Pengurus Hidayah Catering)
Terima kasih yang tak terhingga kepada en zahisham yang banyak membantu saya terutama dalam belajar dan menyiapkan sistem php saya. Ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan amatlah bermanfaat. Saya respect dengan en zahisham yang amat bersabar mengajar saya dari basic sehingga berjaya membina sistem sendiri tanpa kira masa. Semoga rezeki en zahisham bertambah :)

 

Hairi, Kedah (Pelajar Master UiTM)
Saya telah menghadiri pelbagai kelas untuk belajar membina sistem menggunakan PHP & MySQL. Tetapi setelah belajar melalui BelajarPHP.com dan kursus secara peribadi dengan En Zahisham, akhirnya saya benar-benar memahami dan mampu untuk membina sistem PHP & MySQL sendiri secara 100% coding. Saya telah menghadiri beberapa kali kursus bersama En Zahisham. Sekadar untuk mendalami ilmu programming. Teknik yang di ajar cukup mudah difahami dan amat berguna untuk saya.

 

Remy, Kluang (www.lensakluang.com)
Siapa sangka walaupun tanpa pengetahuan dalam bidang programming, kini saya mampu menyiapkan pelbagai applikasi / sistem online untuk kegunaan pejabat. Kini saya telah banyak membina sistem sendiri untuk keperluan pejabat. Terima kasih kepada sifu saya yang tidak jemu membantu saya bila-bila masa sahaja.

 

Jamil, Gombak (Pelajar IPTS)
Saya telah buntu memikirkan projek akhir saya , sistem database online (SPA online booking system) yang menggunakan PHP & MySQL. Tiada seorang pun dari kawan-kawan saya yang tahu tentang PHP tetapi inilah tugasan akhir yang diberikan oleh pensyarah. Akhirnya saya berjumpa dengan belajarphp.com. Setelah mendapat bimbingan dan tunjur ajar tanpa henti oleh abg Sham, saya telah berjaya present dan lulus sistem spa saya dengan cemerlang. Terima kasih sekali lagi kepada abg Sham yang tidak berkira tentang duit. Semoga abg Sham semakin sukses.

 

 

Design - Grafik & Packaging

Packaging Produk Anjassari
Packaging Produk IT House
Iklan Majalah / Newpaper
Bunting
Busines Card
Flyers
Flyers
Kad Kawin
Cover Buku
Car Sticker