Menguji Skrip PHP (Testing Environments)

Menguji Skrip PHP (Testing Environments)

Ketika saya mula-mula berjinak-jinak dengan PHP dahulu, soalan pertama adalah, macamana nak run kod PHP ni? Kat mana? dan bagaimana? Kebenyakan tutorial percuma hanya menyediakan kod-kod PHP. Tetapi tak pula ajar macamana cara untuk menguji skrip tersebut. Contohnya :  demo.php

<?php
echo "Ini adalah kod PHP pertama";
?>

Sebenarnya ada dua kaedah yang boleh dilakukan.

1. Gunakan Live Web Server (Cara yang paling mudah untuk beginner)

Sekarang ni ramai yang telahpun mempunyai (sewa) web server sendiri. Terutama kepada peniaga-peniaga online. Jika anda masih belum berdaftar dengan mana-mana hosting provider, sila daftar terlebih dahulu (jangan lupa untuk pilih server Linux). Ok, setersnya bina fail .php yang simple  (cth demo.php). FTP kod tersebut ke direktori web anda. Contohnya anda telah mempunyai domain www.DomainAnda.com, untuk menjalankan kod yang telah diupload ke web hosting tersebut cuma layari www.DomainAnda.com/demo.php

 

2. Membangunkan Web Server sendiri menggunakan komputer anda

Anda boleh bangunkan web server sendiri. Pernah dengar istilah localhost? cara ini anda tidak perlu daftar domain atau hosting. Hanya gunakan komputer peribadi anda sahaja. Sebenarnya untuk setup web server sendiri ni rumit. Ada banyak program yang perlu di install seperti PHP Core, Apache Server dan  MySQL database. Tetapi jangan risau, terdapat banyak software bundle yang boleh membantu anda memasang ke semua keperluan web server hanya dengan satu program sahaja. Antara program yang ada adalah:

  • AppServ
  • XAMPP
  • WAMP
  • LAMP
  • dan banyak lagi

Sila install salah satu dari progam tadi, setelah berjaya anda hanya boleh uji skrip PHP anda dengan mudah. Layari http://localhost/skrip/demo.php

Semoga Berjaya!

Leave a Reply

comment-avatar

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.