Saya sering ditanya oleh peserta kursus, bagaimana cara untuk mendapatkan Tarikh-Masa yang tepat dengan negara kita.
Ini kerana jika kita hanya sekadar menulis kod sebegini:
<?php $today = date("d-m-Y H:i:s"); echo $today; ?>
Hasilnya : Tarikh tepat mengikut tarikh hari ini, tetapi masa tersebut berbeza dengan tarikh tempatan / localhost.
Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini?
Memperkenalkan…
date_default_timezone_set() menetapkan zon waktu pejam (default) yang digunakan oleh semua fungsi tarikh / masa.
Cara penggunaan. Hanya tambah kod ini sebelum penggunaan date
<?php date_default_timezone_set ("Asia/Kuala_Lumpur");
$today = date("d-m-Y H:i:s"); echo $today; ?>
Mudah bukan. Selamat mencuba!
Rujukan tentang fungsi ini di http://php.net/manual/en/function.date-default-timezone-set.php
Leave a Reply