Apa Ternary Operator ni?
Sebenarnya kegunaannya sama sahaja macam kita gunakan arahan IF / ELSE. Cuma kita nak tulis kod dalam versi yang lebih ringkas. Digelar Ternary Operator disebabkan ia mengandungi 3 operandi. Condition (kondisi arahan) , hasil TRUE , hasil FALSE. Kiranya ia dianggapkan pilihan alternatif kepada arahan if else.
Kelebihan
- Memudahkan logik if/else
- Memendekkan operasi if/else dengan tujuan / arahan yang sama
- Meringkaskan kod (jauh lebih pendek)
- Mudah untuk menguruskan kod akan datang (maintaining)
- Tujuan keselamatan kod
Contoh Penggunaan
Ini adalah contoh asal if/else. Iaitu kaedah tradisional yang biasa digunakan:
if (empty($_POST['action'])) { $action = 'default'; } else { $action = $_POST['action']; }
Ini pula contoh Ternary Operator yang akan menghasilkan output / hasil yang sama seperti di atas. Cuma menjimatkan ruangan / baris kod. Ia hanya menggunakan ? dan : sama macam if dan else.
$action = (empty($_POST['action'])) ? 'default' : $_POST['action'];
Contoh lain:
<?php if ($umur < 18) { $status = 'layak'; } else { $status = 'tidak layak'; } ?>
ringkasannya sebegini:
<?php $status = ($umur < 18) ? 'layak' : 'tidak layak'; ?>
Selamat mencuba!
Leave a Reply